Ragam kewujudan Belerang

SulfurHablur-hablur sulfur pada mata air panas Wai-o-tapu, New Zealand

Unsur sulfur boleh didapati berdekatan mata air panas dan kawasan-kawasan gunung berapi di kebanyakam bahagian dunia, terutamanya sepanjang Lingkaran Api Pasifik. Kehadiran-kehadiran ini merupakan asal kepada nama lama sulfur iaitu belerang, kerana sulfur boleh didapati berdekatan dengan genang kawah-kawah gunung berapi. Longgokan-longgokan gunung berapi ini dieksploitasikan di Indonesia, Chile, dan Jepun.

Longgokan ketara unsur sulfur juga wujud dalam kubah garam sepanjang pantai Teluk Mexico, dan pada sejatan di Eropah timur dan Asia barat. Sulfur dalam longgokan-longgokan ini dipercayai terhasil daripada tindakan bakteria anaerob pada mineral sulfat, terutamanya gipsum. Longgokan-longgokan ini merupakan dasar kepada pengeluaran komersil Amerika Syarikat, Poland, Rusia, Turkmenistan, dan Ukraine.

Sulfur yang dikeluarkan dari minyak, gas dan Pasir Minyak Athabasca telah menjadi bekalan lebihan dalam pasaran, dengan simpanan stok sulfur yang sangat besar di serata Alberta.

Sulfur yang dilombong di Alberta, bersedia untuk penghantaran di Vancouver, B. C.

Sebatian biasa sulfur yang terhasil secara semula jadi termasuklah logam sulfida, seperti pirit (besi sulfida), sinabar (merkuri sulfida), galena (plumbum sulfida), sfalerit (zink sulfida) dan stibnit (antimoni sulfida); dan logam sulfat, seperti gipsum (kalsium sulfat), alunit (kalium aluminium sulfat), dan barit (barium sulfat). Hidrogen sulfida adalah gas yang bertanggungjawab untuk bau busuk telur-telur. Ia tehasil secara semula jadi pada hembusan gunung berapi, seperti dari lepasan hidroterma, dan daripada tindakan bakteria pada jirim organik reput yang mengandungi sulfur.

Warna-warna tersendiri bulan bergunung berapi Musytari, Io, adalah terhasil daripada bentuk beraneka sulfur lebur, pejal dan bergas. Juga terdapat satu kawasan gelap berdekatan kawah Aristarchus pada bulan yang mungkin merupakan longgokan sulfur. Sulfur juga hadir dalam berbagai jenis meteorit.

Lihat juga Mineral sulfida, Mineral sulfat.